Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, Kit Siang tidak membuat kajian yang mendalam mengenai sesuatu isu berkaitan dengan pemilihan UMNO dan ia memperlihatkan beliau  kurang cerdik dalam hal ini.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menang jawatan Presiden tanpa undi UMNO Bahagian Pekan pimpinan Najib, sedangkan semua tahu bahawa Najib sendiri menyerahkan tugas pemangku presiden kepada Ahmad Zahid setelah meletak jawatan.
“Kit Siang dan rakan-rakan penasihat politiknya perlu diberitahu bahawa undi Pekan bagi calon Presiden diberikan kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan bukannya Ahmad Zahid,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE