Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sebagai persediaan beberapa pihak sebelum ini yang berhasrat menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun.
“Kita akan melakukan pemutihan kepada ahli parti dan mengeluarkan ahli yang meninggal dunia dan meninggalkan parti, sebab kita tidak mahu jumlah ahli secara kuantitatif tetapi kualitatif.
“Kita perlu bersiap siaga malah merasakan umur belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah 15 tahun, jadi kita ambil setahun lewat daripada definisi belia tersebut,” katanya.
Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan ketiga-ketiga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - UTUSAN ONLINE