.... Guan Eng: SST akan kuatkuasa 10% jualan, 6% perkhidmatan | AAKJ



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dikuatkuasakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.
Dalam ucaptamanya pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2018 di KLCC hari ini, beliau berkata SST dijangka memberikan hasil sebanyak RM4 bilion.
Kerajaan sebelum ini berkata SST akan menggantikan 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 September.
Negara dijangka kehilangan RM21 bilion hasil tahun ini selepas GST berkadar pada 1 Jun lalu.
Bagaimanapun, pengenalan semula SST, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan, ia dijangka memberi hasil tambahan sebanyak RM14.4 bilion pada tahun ini.
Untuk mengisi jurang yang ditinggalkan GST, Lim menambah, Kementerian Kewangan mengenal pasti langkah penjimatan berjumlah RM10 bilion, termasuk mengurangkan dan menghapuskan program bertindih dan tidak penting.
Projek mega yang terlalu mahal juga dibatalkan atau ditangguhkan, katanya.
Dalam ucapannya, beliau juga berkata projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) perlu dikurangkan kerana isu 1MDB dan skandal kewangan lain.
Beliau menambah tidak akan ada lagi serbuan oleh pegawai bersenjata api di syarikat yang didakwa mengelak cukai.
“Tiada lagi taktik kasar seperti dahulu. Taktik sedemikian hanya untuk orang jahat,” katanya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top