.... Fathul Bari menang | AAKJ



KANGAR: Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, hari ini.
Beliau menang selepas seorang lagi calon, Datuk Abdul Jamil Saad, mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan berkenaan pagi tadi.
Abdul Jamil, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kangar, membuat keputusan berkenaan ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar 2018.
"Saya memohon maaf sepanjang menggalas jawatan sebagai Setiausaha bagi tempoh beberapa tahun ini.
"Saya juga ingin memaklumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar," katanya di Dewan 2020, di sini.
Pengumuman itu menyaksikan Fathul Bari menjadi calon tunggal bagi jawatan berkenaan, yang sebelum ini disandang Datuk Azam Rashid, yang tidak mempertahankannya kali ini.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top