Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Yong Choo Kiong berkata, lantikan ahli majlis PBT itu bukan sahaja melibatkan wakil daripada empat gabungan parti dalam Pakatan Harapan tetapi juga dua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi setiap PBT selepas menerima ratusan permohonan mengenainya.
“Kita memilih ahli majlis mengikut peratusan kemenangan (pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya tidak ada angka tepat kerana semuanya atas dasar persefahaman dan tolak ansur.
“Jadi DAP memperoleh majoriti kerana memenangi 18 kerusi diikuti oleh Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang meninjau kawasan di sekitar Taman Gunung Lang di sini hari ini dan turut ditemani oleh Datuk Bandar, Datuk Zamri Man. - UTUSAN ONLINE