Mohd. Zawawi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan diiringi Peguamnya Mohd. Khairul Anwar Ismail daripada Tetuan Anwar Ismail kira-kira pukul 11.30 pagi.
Mohd. Zawawi yang merupakan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh berkata, pihaknya terpanggil membuat laporan polis kerana tindakan memfitnah yang dilakukan pemilik laman sosial itu mengaibkan diri dan keluarganya sekaligus merosakkan reputasi sebagai pemimpin masyarakat.
“Tindakan memfitnah berhubung penyelewengan duit ketika berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Hisamuddin Sungai Bertih pada 1998 sama sekali tidak benar.
“Malah, saya juga menafikan dakwaan mengatakan saya mengeluarkan kenyataan ‘Tarian gelek untuk Tabung Harapan tidak haram kerana niat baik’. Oleh demikian, saya membuat laporan polis bertujuan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya di sini hari ini-UTUSAN ONLINE.