Malah, apa yang dikesalkan, perkara tersebut tidak menunjukkan tahap profesionalisme sebagai sebuah parti politik yang memerintah dan hanyalah tindakan melulu ‘samseng jalanan’.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia merupakan satu tindakan keterlaluan yang tidak sepatutnya berlaku dalam usaha mewujudkan suasana harmoni sepanjang tempoh berkempen.
“Baru 80 hari memerintah, belum pun memenangi Pilihan Raya kecil (PRK), rombongan calon Pakatan Harapan sudah tunjukkan belang sebagai samseng jalanan. Nasib baik tak langgar kami tadi. Tak kan Ustaz Zawawi tak boleh tegur pemandu beliau yang melanggar peraturan jalan raya dengan merempuh laluan kecemasan? Macam ni ke akhlak yang nak ditunjukkan,” katanya menerusi status yang dipetik menerusi laman Instagram miliknya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE