“Kerajaan perlu segera membuat tindakan untuk membetulkan hal ini.
“Cukuplah dengan krisis di zaman Tun Salleh Abbas dahulu yang menyebabkan kerajaan kerugian dan menjejaskan imej perundangan negara dengan teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu bagaimanapun pelantikan beliau menimbulkan persoalan kerana khidmat Tun Md. Raus Sharif hanya akan berakhir pada 1 Ogos ini sedangkan Richard mengangkat sumpah pada 11 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE