Sebaliknya, Mohd. Zawawi berkata, kebanyakan isu setempat yang tidak diselesaikan kerajaan PKR hari ini adalah berikutan melibatkan pertindihan kuasa dengan kerajaan persekutuan yang lalu.
“Kita berdepan dengan cabaran ketika hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk. Namun, selepas kerajaan Pusat ditadbir bersama kerajaan negeri, kita berjanji akan membuat pembangunan secara komprehensif.
“Tindakan saya membawa isu ini bukan membuka pekung kerajaan negeri, tetapi memahami apa yang berlaku di kawasan kampung ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.