Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, buat mana ini keutamaan beliau adalah menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana banyak isu dibangkitkan oleh pihak media.
“Kerajaan Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu jadi saya dan pimpinan lain bertanggungjawab menjadikan sidang Parlimen ini sebagai dewan untuk membahaskan isu-isu berkaitan rakyat.
“Saya belum buat sebarang keputusan lagi sebab saya terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Pemilihan PKR dijangka berlangsung pada hujung bulan depan dan nama calon perlu diserahkan antara Jumaat hingga Ahad ini. - UTUSAN ONLINE