.... Apandi nafi dakwaan pihak berkuasa Switzerland | AAKJ



KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menolak dakwaan beliau enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland mengenai siasatan 1MDB.
Apandi ketika dihubungi berkata, tidak benar sama sekali untuk mengatakan beliau enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland.
"Saya tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan kerana sebab undang-undang.
"Namun begitu, saya ada berjumpa dengannya sebanyak dua kali di Switzerland untuk membincangkan mengenai isu ini.
"Pada masa itu, apabila permintaan dihantar ke Malaysia pada 2016, polis Malaysia masih menyiasat kes 1MDB," katanya.
Apandi berkata, beliau juga masih ingat bahawa dalam jawapan bertulis yang dia berikan kepada Switzerland, sebagai peguam negara ketika itu, memandangkan siasatan Malaysia masih berjalan, untuk memenuhi permintaan Swiss mungkin membawa prejudis di negara ini.
"Saya dengan tegas mematuhi Seksyen 20 (1) (I) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
"Saya hanya mematuhi undang-undang yang mentadbir kerjasama berkenaan dalam bantuan undang-undang bersama," katanya.
Terdahulu, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber dalam satu kenyataannya berkata, Apandi pada 2016 tidak mahu bekerjasama dengan pihaknya.
Kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan peguam negara baru Malaysia, Tommy Thomas.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top