Menerusi kenyataan akhbar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikeluarkan di sini hari ini, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohd. Sumali Reduan sebagai Setiausaha Kerja UMNO.

Dalam kenyataan sama, Zahid mengumumkan barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) lantikan bagi penggal 2018-2021 yang terdiri daripada 11 pemimpin antaranya Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz, Datuk Azizah Mohd. Dun, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Hajiji Noor dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 
Di samping itu, Ahmad Zahid menerusi kenyataan yang disiarkan di portal UMNO Online itu turut mengumumkan senarai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha badan perhubungan di semua negeri. 
Menurut Ahmad Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.
“Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan melantik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan di negeri-negeri.
“Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran pimpinan baharu UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri,” katanya.
Tambah beliau, selesainya pemilihan parti baru-baru ini telah memperlihatkan bahawa UMNO kini lebih terbuka dan demokratik.
“UMNO telah melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar bulan lalu.
“Keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif untuk semua,” ujarnya.
Berikut adalah senarai terlibat:
Ahli Majlis Tertinggi
---------------------
1. Datuk Norliza Abdul Rahim
2. Shahril Sufian Hamdan
3. Nurul Amal Mohd. Fauzi
4. Datuk Seri Anifah Aman
5. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
6. Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib
7. Datuk Johan Abdul Aziz
8. Datuk Azizah Mohd. Dun
9. Datuk Abdul Rahman Mohamad
10. Datuk Seri Hajiji Noor
11. Tan Sri Mohamed Apandi Ali 
Pengerusi Badan Perhubungan---------------------------
1. Sabah
Datuk Seri Salleh Said Keruak
2. Perlis
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Kedah
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
4. Pulau Pinang
Datuk Musa Sheikh Fadzir
5. Perak
Datuk Saarani Mohamad
6. Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
7. Selangor
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
8. Negeri Sembilan
Datuk Seri Mohamad Hasan
9. Melaka
Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh
10. Johor
Datuk Ir. Hasni Mohammad
11. Kelantan
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
12. Terengganu
Datuk Seri Mahdzir Khalid
13. Pahang
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail