Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah akta yang dicadangkan, cukai jualan akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus sementara cukai perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 6 peratus.
“SST akan dimulakan semula pada bulan September ini dan dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.
“Hasil ini akan digunakan untuk menutup sebahagian kerugian kerajaan sebanyak RM21 bilion selepas memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula Jun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2018, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE