Sebelum ini, Abd. Rahman pernah menjawat Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan merupakan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam.
Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam menyaksikan, Sallehuddin Mohd.Iskan memenangi jawatan tersebut dengan memperoleh 241 undi mengatasi lawannya, Nazam Azhari Md. Yasin yang mendapat 212 undi.
Sementara kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dimenangi Ketua UMNO Cawangan Parit 6, Jamil Hassan yang memperoleh 278 undi menewaskan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Air Tawar, Muhamad Bajuri Ibrahim mendapat 177 undi. - UTUSAN ONLINE