.... Zahid Hamidi Diramal Menang | AAKJ



BERBAGAI spekulasi berlegar-legar di media arus perdana dan media sosia. Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka memenangi dalam saingan merebut jawatan Presiden Umno, Sabtu ini.
Ramalan ini dibuat oleh Sin Chew Daily berdasarkan keputusan pemilihan daripada 191 bahagian di seluruh negara serta ketiga-tiga sayap parti kelmarin.
Akhbar ini menulis, bagi jawatan Ketua Pemuda, kekalahan Khairul Azwan Harun kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi tamparan hebat kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang akan menentang Ahmad Zahid.
“Khairul Azwan adalah orang kanan Khairy Jamaluddin. Kekalahannya sudah pasti tidak akan memihak kepada bekas Ketua Pemuda itu untuk bertanding kerusi presiden,” lapor akhbar ini.
Dalam pada itu, seramai 74 ketua bahagian yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan bahagian di seluruh negara juga menjadi satu lagi faktor Ahmad Zahid dilihat tidak sukar untuk menduduki kerusi No 1 dalam Umno.
“Rata-rata ketua bahagian yang ada pada hari ini adalah penyokong kuat kepada pucuk pimpinan parti sekarang. Ahmad Zahid akan memperoleh sokongan kuat daripada ketua-ketua bahagian ini,” kata akhbar ini.
Antara ketua-ketua bahagian yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini termasuk bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Ahmad Zahid (Bagan Datuk); Pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Hissamuddin Hussein; Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman (Pengerang) dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas).
Pada pemilihan tahun 2013, Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden. Dengan kebanyakan ketua bahagian mengekalkan jawatan masing-masing akan mengukuhkan lagi kedudukan Ahmad Zahid biarpun turut dicabar oleh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Apa yang pasti UMNO akan terus memperjuangkan nasib orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan negara. Perkara ini menjadi duri dalam daging pakatan harapan.
My-tv.online


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top