.... Zahid dedah Tun M minta sertai PPBM | AAKJ



21 JUN: Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Ramadan baru-baru ini adalah atas jemputan.
Malah menurut Zahid dalam pertemuan itu Mahathir meminta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai PPBM.
“Bukan saya yang minta bertemu, tetapi saya dijemput untuk bertemu,” kata Zahid.
“Apa yang disebut oleh perdana menteri, antaranya beliau meminta supaya Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk menyertai PPBM atau parti Bersatu, saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan,” kata Zahid ketika berucap pada sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Selangor di PWTC semalam.
Saksikan video ucapan Zahid yang disediakan.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top