Menurut Vincent Tan, pengambilalihan saham dalam T7 Global itu tidak berkait dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak membatalkan pembinaan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Beliau menafikan tuduhan dan menyifatkan laporan sedemikian sebagai berniat jahat bertujuan mengaitkan beliau dengan kronisme bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan di Putrajaya. - UTUSAN ONLINE