"Ini membuktikan UMNO mengotakan apa yang dikatakan apabila pemilihan ini terbuka dan tidak lagi tertutup dengan mengamalkan 'tunjuk-tunjuk' siapa yang perlu menjadi presiden.
 "Hari ini, semua jawatan dipertandingkan malah sesiapa sahaja di mana-mana peringkat struktur UMNO boleh memberikan cadangan dan saranan (untuk bertanding)," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya sempena Hari Raya Aidilfitri di sini petang ini.  - UTUSAN ONLINE