KETUA UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim
Ketuanya, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun orang Melayu masih memerlukan UMNO.
“Biarlah UMNO terus kekal untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera kerana keputusan PRU-14 lalu menunjukkan orang Melayu masih memerlukan UMNO,’’ tegasnya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Muar, di sini sebentar tadi.
Persidangan tersebut dihadiri kira-kira 700 perwakilan. Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail.
Razali yang mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini juga mahu semua ahli parti mengetepikan perbalahan dan menumpukan usaha membina kekuatan baharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau turut menasihatkan semua ahli parti supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain yang menjadi punca kekalahan termasuk kerusi beliau di Parlimen Muar. - UTUSAN ONLINE