Ketuanya, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, tindakan Guan Eng seolah-olah cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita kesal kerana Guan Eng sepatutnya lebih arif mengenai status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memandangkan beliau mempunyai pengalaman lama dalam arena politik negara.
“Guan Eng sepatutnya tidak memperkecilkan bahasa Melayu dan menerima teguran pelbagai pihak atas kesilapan yang dilakukannya. Jika beliau masih ego dan menganggap bahasa Melayu sebagai perkara kecil, lebih elok lepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE