Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, satu usul telah dikemukakan supaya Idris mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO di Parlimen Tangga Batu dan Melaka dengan meletakkan kedua-dua jawatan tersebut.
“Usul itu dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu oleh salah seorang ahli jawatankuasa bahagian namun mesyuarat tersebut tidak dimuktamadkan selepas Idris yang juga bekas Ketua Menteri bertindak menamatkan mesyuarat itu dengan tergesa-gesa selepas usul itu dikemukakan dan bertindak meninggalkan mesyuarat tersebut.
“Setelah beliau (Idris) bertindak keluar daripada mesyuarat bersama tujuh yang lain, saya mengambil inisiatif meneruskan perbincangan usul itu dengan anggota jawatankuasa dan membuat undian mengenai usul dikemukakan. Hasilnya, 19 menyokong, dua menolak dan dua berkecuali,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu, Klebang di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE