.... Tujuh bilion Dana Asing Keluar Sejak PH Jadi Kerajaan | AAKJ




EKONOMI negara sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berada dalam keadaan sangat baik. Namun perkara tersebut bertukar sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14. Tujuh bilion ringgit dana asing telah keluar dari pasaran negara kita. Perkara ini sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan ekonomi negara.
Para pelabur tidak percaya kepada pentadbiran PH yang carca marba. Mereka telah mengeluarkan wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan rekod yang paling lama sejak 2008.
Jumaat minggu lalu, mereka mengeluarkan RM225.2 juta manakala dari Isnin hingga Rabu mereka telah mengeluarkan RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.
Pada bulan Mei para pelabur mengeluarkan RM5.83 bilion. Oleh itu, jumlah keseluruhan setakat ini adalah RM6.997 bilion telah dikeluarkan para pelabur asing dari pasaran saham Malaysia sejak kemenangan PH.
Aliran keluar ini juga mengakibatkan kejatuhan rizab asing Bank Negara Malaysia yang menurun sebanyak ASD 1 bilion sejak PRU14.
Aliran keluar yang tidak menentu itu pasti akan menjejaskan ekonomi kita secara teruk.
Kini siapa yang para pengundi cuba selamatkan dalam PRU14? Adakah mereka selamatkan negara atau menjahanamkan negara? Fikir-fikirkan lah dengan waras bukannya emosi.
Tiba-tiba teringat kisah si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan.
my-tv.online

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top