Menurutnya, sebelum mencapai kemenangan selepas sebulan berpuasa, rakyat Malaysia juga terlebih mencipta kemenangan dengan menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya.
“Saya tidak sama sekali melupakan Permatang Pauh yang turut membantu mencipta sejarah baharu Malaysia apabila tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum lalu.
“Inilah kemenangan yang kita harapkan apabila negara ini ‘dibebaskan’ daripada BN selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bebas dari penjara,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar di Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini malam ini.
Lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Anwar dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.
Wan Azizah menambah, majlis yang diadakan itu adalah bagi menghargai sokongan pengundi di Permatang Pauh yang membuat perubahan untuk masa depan bersama. - UTUSAN ONLINE