.... Tidak salah bongkar skandal salah laku | AAKJ




KUALA LUMPUR 20 Jun - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertahankan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila beranggapan tidak salah untuk membongkar mana-mana skandal salah laku mahupun penyelewengan terdahulu.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, beliau percaya langkah itu amat perlu dalam usaha membina ‘Malaysia baharu’.


“Secara berprinsip, saya ra­sa kita patut mendedahkan se­ga­la perbuatan salah laku, penyelewengan yang dilakukan se­belum ini bagi membina Malaysia baharu.
“Apa yang lebih pen­ting adalah kita perlu komited dan tidak se­sekali bertoleransi da­lam apa jua bentuk ra­suah di negara ini.
“Malah, sepanjang karier politik saya selama 52 tahun, saya turut membongkar segala salah laku. Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbuat demikian,” ka­tanya dalam sidang akhbar pelancaran Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Guan Eng lebih sensitif dan berhati-hati ketika memberi kenyataan kerana dibimbangkan boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negara ini.
Anwar berkata, sebagai Menteri Kewangan, Guan Eng seharusnya mengimbangi iaitu kepentingan untuk meyakinkan pelabur dan kepentingan untuk membongkar penipuan.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, beliau mengakui pembongkaran skandal itu boleh memberi kesan baik dan buruk, namun berpandangan sebarang salah laku yang dikenal pasti harus didedahkan kepada umum.
“Jadi, dengan berbuat demikian, kita mungkin boleh menyelesaikan perkara itu. Kalau mereka (menteri) tahu mengenai sebarang salah laku, baik dedahkan sebelum dipersoal oleh pembangkang dan dipersalahkan seolah-olah mereka yang bertanggungjawab terhadap isu itu,” katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad bahawa Datuk Seri Moha­med Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tanpa sokongan Pakatan Harapan.
“Ketika ini, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku, Biar saya dapatkan maklumat daripada bahagian DAP Selangor dan meneliti perkara itu,” katanya
Sementara itu, Kit Siang berkata, Akta Antiberita Tidak Benar yang diwartakan secara rasmi pada April lalu, harus dimansuhkan.
Ini kerana, dakwa beliau, akta yang diwujudkan itu bukan bertujuan menangani penyebaran berita tidak benar sebaliknya di­gunakan untuk ‘melindungi’ skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top