.... Terbukti PH Tipu Rakyat Malaysia | AAKJ




MEMANG terbukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) menipu rakyat Malaysia. Walaupun sebelum ini rakyat telah diberi amaran agar tidak mempercayai janji-janji PH namun mereka masih mahu mencuba nasib dengan mengundi gabungan ini. Akhirnya rakyat gigit jari apabila ternyata PH sekali lagi mengesahkan mereka memang penipu.
Ironinya penipuan tersebut dilakukan dengan harapan rakyat dapat memahami tindakan mereka tersebut. Cara kotor yg digunakan kononnya kerajaan BN meninggalkan banyak hutang sedangkan sebenarnya Datuk Seri Najib meletakkan negara dalam keadaan yang sangat baik. Nisbah hutang negara jauh lebih rendah daripada negara-negara lain. Aset negara juga memang banyak.
Memetik artikel pro PH, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sepenuhnya mengembalikan negara kepada landasan.
“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (menifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya.
Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) membuat janji berdasarkan angka yang diberikan BN.
“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” katanya.
Beliau berkata, Harapan bersyukur dipilih menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang.
“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya.
Lihatlah rakyat Malaysia, bagaimana mudahnya mereka cuba melepaskan diri dari menunaikan janji-janji yang dibuat ketika PRU14 yang lalu.
Kini rakyat menangis tidak berlagu. kita lihat saja, si Luncai terjun dengan labu-labunya.
my-tv.online

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top