.... Tarif gas lebih tinggi kepada isi rumah mulai Julai | AAKJ



KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Bhd akan menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dari 1 Julai, 2018 hingga 31 Disember 2018.
Pengedar gas asli itu berkata, kerajaan telah meluluskan semakan semula itu pada 12 Jun 2018 melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga.
Di bawah rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR), yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun bermula Januari 2017, perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme Kos Gas Untuk Dilepaskan (GCPT) akan dibenarkan setiap enam bulan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Gas Malaysia berkata purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per satu juta unit termal British (MMBtu) untuk tempoh enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018, sejajar dengan pengumumannya pada 28 Disember 2016.
"Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak RM0.77 per MMBtu akan dikenakan ke atas semua kategori tarif disebabkan kos gas sebenar yang lebih tinggi berbanding kos rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.
"Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu," katanya.
Pada masa ini, purata tarif asas ditetapkan pada RM30.90 per MMBtu.
Gas Malaysia berkata, walaupun semakan semula tarif itu tidak memberi impak yang ketara kepada operasi perniagaannya, dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Berikut adalah tarif efektif yang disemak semula selepas GCPT berdasarkan penggunaan tahunan:
- Pengguna kediaman akan membayar RM23.80 per MMBtu.
- Pelanggan bukan kediaman yang menggunakan sehingga 600 MMBtu setahun akan membayar kadar tarif sebanyak RM30.50 per MMBtu.
- Penggunaan antara 601-5,000 MMBtu: RM30.65 per MMBtu.
- Penggunaan antara 5,001-50,000 MMBtu: RM30.96 per MMBtu.
- Penggunaan antara 50,001-200,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu
- Penggunaan antara 200,001-750,000 MMBtu: RM32.26 per MMBtu.
- Penggunaan melebihi 750,000 MMBtu: RM33.32 per MMBtu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top