.... Sifar GST: Rafizi Pun Akui Harga Barang Tak Turun | AAKJ



 

TANGGAL 1 Jun 2018, tamatlah polemik berkaitan perlaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada kadar sifar atau kosong peratus.

Namun sejurus sehari sahaja selepas perlaksanaan itu, majoriti rakyat Malaysia nampaknya mula meluahkan ketidakpuasan dan mengeluh atas beberapa perkara.
Antara adalah kebanyakan barangan masih berada pada tahap lama yang mana tidaklah berlaku penurunan harga besar-besaran seperti mana yang diharapkan rakyat.
Tidak setakat itu, segelintir peniaga pula dilaporkan cuba mengambil kesempatan meningkatkan harga biarpun menunjukkan tiada GST di catatan resit.
Hal ini turut diakui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa biarpun GST sudah tidak dilaksanakan namun harga barangan masih tetap berada di paras lama.
Rafizi seterusnya mengatakan konon perlunya kaedah pemantau yang lebih berkesan supaya penguatkuasaan dan kuasa pembeli membantu mengawal harga barang.
Saya faham kebimbangan tanpa GST pun harga barang tidak turun, In Sha Allah ada beberapa perkara yg kita boleh usahakan sebg rakyat biasa.

Bagi saya 1-2 minggu untuk usahakan kaedah pemantauan yg lebih berkesan supaya penguatkuasaan + kuasa pembeli membantu mengawal harga barang

Dah kenapa sampai boleh jadi macam ini? Bukankah bekas ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini pernah mendakwa konon pelaksanaan GST hanya membebankan rakyat lagi meningkatkan kos sara hidup?
Ironi harga barang masih mahal seperti biasa, malah di kawasan-kawasan tertentu melibatkan jenis barangan tertentu juga harganya menjadi lebih tinggi sebelum kadar GST disifarkan.
Ini secara jelas menunjukkan keraguan terhadap keupayaan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji konon dapat menurunkan harga barang selepas memansuhkan GST.
Maklumlah, kos sara hidup antara faktor kepercayaan besar kenapa rakyat memberikan kemenangan kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.
Tambah membimbangkan rakyat ialah, ini belum lagi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkadaran sebanyak 10 peratus mulai September nanti.
Jika kadar GST yang kini menjadi 0 peratus pun harga barang tidak turun ke tahap yang diharapkan, bagaimana pula apabila SST berkadar 10 peratus diperkenalkan?

Baca: GST Mula Lonjak Ekonomi Saudi Jadi Lebih Baik – IMF

Besar kemungkinan harga mungkin kekal tinggi dan tidak berpeluanglah rakyat merasa shopping dengan RM50 konon boleh penuh satu troli.
Seperti diketahui, GST yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan sosioekonomi negara bagi menggantikan pergantungan pendapatan kepada petroleum.
Tahun 2015 sahaja GST mengutip RM27 bilion kepada negara, manakala  RM41.2 bilion (2016) dan RM44 bilion pada 2017 berbanding kutipan SST yang sekadaran RM17 bilion pada 2014.
Cukai itu juga bertindak sebagai platform bagi menstabilkan keperluan penduduk serta merencana kepentingan masa depan negara.
Jika tidak, mana mungkin 160 negara seluruh dunia termasuk United Kingdom, Jepun, India, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia mempunyai GST atau cukai seumpamanya dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT).
Ambil contoh Singapura misalnya, Kota Singa itu mengumumkan akan menaikkan kadar GST kepada sembilan peratus secara berperingkat bermula tahun 2012 hingga 2025 berbanding tujuh peratus ketika ini.
Itu baru Singapura, bagaimana pula Australia yang ditetapkan pada kadar 10 peratus dan di Britain pula jauh lebih tinggi iaitu 20 peratus?
Jadi mengapa kita perlu mengundur ke belakang semula dengan memansuhkan GST dan memperkenalkan semula SST sedangkan SST bukanlah satu cukai yang baik untuk ekonomi.
Kebanyakan negara di dunia juga telah lama mengamalkan GST dan kadar tersebut juga telah dinaikkan secara berperingkat seperti yang dilakukan Singapura kerana ia jelas merupakan punca pendapatan kerajaan yang paling besar selepas cukai pendapatan individu.
SST yang diamalkan sejak tahun 1970-an jelas mempunyai banyak kelompongan, ibarat mengundur ke belakang sedangkan Malaysia berada dalam landasan kukuh menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan GST yang sebelum ini pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar dan pemansuhan cukai berkenaan merupakan antara 10 janji kerajaan PH untuk dilaksanakan dalam 100 hari memerintah negara. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top