Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pasukan pemantau tersebut akan digerakkan di seluruh negara bagi mengelak sebarang kekeliruan dan penipuan.
"Pasukan pemantau ini juga turut terdiri daripada sukarelawan dan masyarakat. Mereka akan memaklumkan apa jua laporan berkaitan pelaksanaan ini terus kepada PPIM sebelum dibawa kepada agensi berkaitan termasuk kementerian bertanggungjawab.
"Kita juga berharap masyarakat mampu menjadi pemantau supaya dapat membantu tugas agensi penguatkuasaan menjadi lebih baik," katanya dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan sifar GST, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE