Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, beliau yakin dua negeri itu tidak akan dilupakan oleh pemimpin atasan.
"Saya yakin dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu tidak akan dilupakan. Sekarang ini terserah kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan kerana senarai kabinet penuh juga belum diumumkan.
"Kita baru saja umumkan senarai Menteri dan Peguam Negara, malah, di peringkat ketua-ketua dan peneraju syarikat milik kerajaan (GLC) juga masih belum diumumkan," jelasnya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pakatan Harapan di RTC Tunjong, di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Naib Presiden Amanah, Husam Musa.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata, majlis pertama kali yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai kaum.
"Ini menandakan sokongan jitu rakyat terhadap kita dan jangan pula kita sesekali leka kerana jika tersalah urus (negara), rakyat juga akan tolak," ujarnya.   -UTUSAN ONLINE