.... Selepas 26 hari Apa Yang Sudah Selamat | AAKJ



Bermacam-macam janji manis yang diberikan pakatan harapan pada PRU14 yang lepas kononnya untuk menyelamatkan rakyat malaysia. Kini sudah 26 hari berlalu, apa yang sudah selamat sebenarnya? Yang jelas kini Anwar Ibrahim selamat, Rafizi selamat dan Lim Guan Eng juga selamat.
Bagaimana pula dengan nasib rakyat Malaysia?Dalam manifesto PRU14 PH menjanjikan 10 perkara kononnya meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran mereka.
Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan Mahathir di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir.
Dalam 100 hari itu juga PH kononnya mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
1. Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
3. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
PH juga kononnya akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):
1. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
2. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
3. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
4. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Dalam 100 hari itu juga, PH kononnya akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:
1. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
3. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.
Menerusi buku bertajuk “membina negara memenuhi harapan” ini, gabungan pembangkang itu turut menggariskan 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dan 5 iltizam.
Kini apa yang terjadi? Tidak ada satu pun janji di atas berjaya dipenuhi. Malah rakyat Malaysia makin menderita. Orang Melayu makin ditindas.
Peguam negara diberikan kepada individu yang pernah menjadi peguam kepada ketua Komunis Malaya Chin Peng. GST tidak dihapuskan. Ianya hanya berkadar 0%. Harga barang naik secara mendadak dan tidak masuk akal. Hindraf 2.0 mendesak diberi tempat dalam UiTM. Institusi agama Islam dicabar.
Harga minyak tidak turun seperti yang dijanjikan. Bonus kakitangan kerajaan semakin berkurangan. Janji hapuskan tol juga tidak ditunaikan. Malah tol hanya diberi diskaun 50% menjelang Hari Raya sedangkan Datuk Seri Najib menjanji tol percuma ketika Hari Raya jika BN menang PRU14.
– mypru.info

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top