Pemangku Presiden UMMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) sempet bergurau senda sengan ahli
Tegasnya, beliau dan rakan-rakan kepemimpinan yang lain mengetahui bagaimana untuk menguruskan parti itu sendiri.
“Saya tidak perlu sebutkan isi perbincangan semasa perjumpaan dengan Tun Mahathir baru-baru ini kerana itu adalah pertemuan empat mata dan tidak elok untuk berkongsi.
“Namun, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah meminta nasihat daripada Tun Mahathir bagaimana untuk menguruskan parti, kerana saya dan rakan-rakan tahu menguruskan parti sendiri,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa. – UTUSAN ONLINE