.... Rosmah tiada kaitan dengan 1MDB - Peguam | AAKJ




PEGUAM kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan anak guamnya tidak mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).
Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan pihaknya sudah meneliti laporan WSJ yang memetik sumber mendakwa isteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah individu utama dalam dakwaan penyelewengan 1MDB.
“Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami (Rosmah) tidak mempunyai kaitan atau peranan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat berkenaan, lebih-lebih lagi pengurusan kewangan atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma guaman itu.
“Sebagai isteri kepada perdana menteri ketika itu, Rosmah tidak terbabit dengan keputusan dibuat Najib,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, Rosmah menjauhkan diri daripada perkara dikendalikan Najib dan tidak pernah mempengaruhi beliau dalam apa juga keputusan dibuat pihak eksekutif.
“Oleh itu, mengaitkan Rosmah secara terus dengan 1MDB serta menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang itu adalah usaha bagi mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk, untuk merosakkan imej beliau.
“Rosmah akan terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara ini,” katanya.
Laporan terbaru WSJ memetik sumber menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di sebalik pentadbiran Najib.
Selain itu, laporan berkenaan memaparkan Rosmah sebagai ‘wanita pertama yang kuat’ dengan pendapatnya sering menguasai Najib yang ‘kurang tegas’ dan mereka kekal sebagai pasangan setia.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top