BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen  utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$101.4 bilion),  kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR-US$1.2 bilion), emas US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).
Aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM416.61 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.52 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.09 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.30 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset-aset lain (RM9.48 bilion), kata bank pusat.-BERNAMA