.... Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US | AAKJ




KUALA LUMPUR – Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan lemah dan susulan data ekonomi menunjukkan penurunan dalam sektor pembuatan Malaysia pada Mei.

Pada 9.15 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9740/9780 berbanding dolar US daripada 3.9700/9740 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata sektor pembuatan kini mencatatkan penurunan selama empat bulan berturut-turut.
“Ia terlalu awal untuk membincangkan sama ada masalah sektor pembuatan akan mempengaruhi potensi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Pelabur akan menunggu laporan imbangan perdagangan utama yang akan diumumkan lewat hari ini sebagai panduan mengenai prestasi ekonomi pada suku kedua 2018,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9734/9782 daripada 2.9747/9781 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.6157/6197 daripada 3.6213/6259.

Unit tempatan menokok berbanding pound British kepada 5.2890/2959 daripada 5.3146/3208 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6456/6507 daripada 4.6564/6619. – BERNAMA


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top