Moqtada yang menyertai gabungan dengan parti haluan kiri menang 54 kerusi dalam pilihan raya perundangan untuk menjadi blok terbesar dalam parlimen 329 kerusi Iraq, sementara Haider berada di tempat ketiga, memperoleh 42 kerusi.
Satu kenyataan menyatakan bahawa pakatan tersebut dibentuk bagi mengatasi isu berkaitan mazhab dan etnik serta untuk mempercepatkan pembentukan sebuah kerajaan baharu, selain bersetuju atas prinsip yang mengutamakan aspirasi rakyat. – AFP