.... Penasihat Undang-Undang PKR selar Tabung Harapan Malaysia | AAKJ



twitter


KUALA LUMPUR 20 Jun - Tabung Harapan Malaysia yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan hujung bulan lalu didakwa sebagai dana politik.



Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya berkata, penyerahan wang daripada mana-mana rakyat negara ini kepada tabung itu disifatkan sebagai tindakan yang mengarut.


“Tabung Harapan adalah dana yang dikenakan secara politik.
“Jadi untuk mendapatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menyerahkan tabungnya adalah tidak masuk akal dan aksi yang agak murah,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.
LATHEEFA KOYADalam status sama, Latheefa turut menggunakan tanda pagar #startgoverning (mula mentadbir) dan #enoughofgimmicks (cukuplah bergimik).
Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan tabung itu bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.
“Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan.
“Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top