Sergio Aguero meletakkan negara dari Selatan Amerika itu di depan pada minit ke-19 menerusi sepakan deras di dalam kotak penalti.
Bagaimanapun Iceland, yang juga negara populasi paling kecil bertanding di Piala Dunia, menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi sentuhan Alfred Finnbogason dari jarak dekat.
Argentina dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-64 ekoran pertahanan Iceland Hordur Bjorgvin Magnusson menjatuhkan Aguero, namun tendangan yang diambil Messi dapat dibaca penjaga gol Hannes Por Halldorsson.- REUTERS