Menerusi catatan dalam laman Facebook beliau hari ini, bekas Perdana Menteri itu menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti kali ini.
Dalam catatannya juga, Najib turut mengambil peluang mengingatkan ahli-ahli parti bahawa kini bukannya masa untuk bersedih atas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, sebaliknya mereka perlu bangkit.
Katanya, ahli-ahli UMNO hendaklah menguatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk menyuburkan dan memulihkan UMNO.
"Ini kerana UMNO telah banyak berjaya dan sinonim dengan pelbagai kejayaan negara kita.
"Bagi diri saya pula, saya akan terus memimpin UMNO Bahagian Pekan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian," katanya.