Anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad itu sebelum ini turut menang tanpa bertanding dalam pemilihan pada 2013.
Sementara itu, jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian itu dimenangi Sapiah Sidik yang memperoleh 132 undi bagi menewaskan Arah Abu Bakar yang memperoleh 88 undi.
Salbiah Zulkifli pula dipilih sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian berkenaan selepas mendapat 74 undi berbanding lawannya, Nor Amelia Ismail dengan tujuh undi.
Mesyuarat dan pemilihan bahagian tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini telah dirasmikan oleh Mohd. Isa dan dihadiri timbalannya, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE