Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, projek MRT2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sepanjang 52.2 kilometer diteruskan dengan pengurangan kos.
“MRT2 akan diteruskan dengan pengurangan kos. Kini kita masih memikirkan mekanisme untuk mengurangkan kos pembinaan (MRT2),” katanya kepada pemberita di Menara Ilham di sini hari ini.
Sharil bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah pengurangan tersebut.
Projek MRT3 yang merupakan adalah laluan kereta api bandar sejauh 40 kilometer telah diluluskan di bawah kerajaan terdahulu, namun kontrak bagi kerja-kerja pembinaan belum diberikan secara rasmi.
Fasa pertama MRT3 dijangka siap menjelang Disember 2025. Kerajaan meluluskan pembinaan projek berkenaan pada 30 Oktober tahun lalu. - UTUSAN ONLINE