Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, keputusan menawarkan diri bertanding dibuat selepas mengambil kira permintaan ahli dan hala tuju parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Saya akan menghantar pencalonan secara online pada petang ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
"Saya akan pastikan UMNO mendapat nafas baharu dan kembali ke landasan asas penubuhan parti demi mengembalikan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara," katanya.
Mohamad yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. - UTUSAN ONLINE