Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya dulu perkara ini dianggap tidak mungkin berlaku, tetapi segalanya dilihat bergerak pantas ke arah itu, lebih-lebih lagi selepas UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
"Kata mereka, kalau tidak bubar Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), majlis-majlis agama Islam, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi Melayu lain pun, negara tidak patut membiayai mereka lagi.
"Ini permulaan kepada sekularisme total di negara kita. Bahasa kebangsaan pun diuji apabila bahasa Mandarin mula diperkenalkan dalam urusan rasmi," katanya.
Ahmad Shebry berkata demikian menerusi kenyataan di laman Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE