Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kelangsungan BN kini bergantung kepada kepemimpinan baharu yang dibentuk selepas pemilihan parti komponen.
Lian Ker dalam kenyataan berkata, tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya baru-baru ini, kerana masih banyak masa untuk mengatur gerak langkah seterusnya.
“Kita tidak perlu merobohkan rumah hanya kerana terdapat atap yang bocor,” katanya.
Tambah beliau, BN perlu kekal bersatu dan bukan bertelagah sesama sendiri kerana gabungan berkenaan telah lama serta terbukti mencipta pelbagai kejayaan.
“Dalam situasi ini, kita perlu menahan diri dan bersabar serta mengambil langkah yang bijak untuk ke hadapan,” katanya. - UTUSAN ONLINE