Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, setakat ini kerajaan negeri hanya menghentikan perjawatan ad hoc berikutan perlu menanggung kos kewangan yang tinggi jika ia dilanjutkan.
“Pada dasarnya perjawatan ATRA kita tidak hentikan tetapi ia selaras dengan dasar kerajaan pusat di mana perjawatan lantikan politik kerajaan sebelum ini perlu dibubarkan.
Itupun atas status perjawatan ad hoc, manakala kakitangan kontrak dan sementara kita tidak ganggu. Kita masih lagi belum bincang sama ada kontrak mereka disambung atau dihentikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2018 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu di sini semalam. - Bernama