.... Manifesto Pas Terengganu hanya retorik | AAKJ



Pas Terengganu telah berjaya menjadi kerajaan negeri setelah mendapat mandat semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu dengan memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Dalam tempoh satu bulan 6 hari selepas 9 Mei yang lalu pas telah menubuhkan Kerajaan Negeri Terengganu dengan majoriti mudah.

Kerajaan pas hari ini telah mengumumkan serta melaksanakan beberapa manifesto yang dijanjikan semasa pilihan raya umum lalu yang mana telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum itu.

Antaranya beri air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang mempunyai akaun sendiri di mana melibatkan 100,000 akaun peribadi termasuk penerima e-kasih dan semestinya memberi manfaat kepada 500,000 isi rumah.

Mantan kerajaan BN Terengganu juga telah menyediakan program perkahwinan Perdana Generasi TTB di mana telah berlangsung sejak 2016 yang lalu dan diteruskan oleh kerajaan pas hari ini dengan sediakan program yang sama tetapi ubah namanya supaya rakyat keliru dengan apa yang ditawarkan oleh Pas semasa Pru14.

Kerajaan pas Terengganu juga menafikan hak rakyat Terengganu dengan memberi RM250 daripada jumlah RM400 sebelum ini wang dana Hari Raya kepada rakyat Terengganu.

Katanya sebelum ini ramai rakyat yang dinafikan hak sedangkan seramai 286 ribu orang telah menerima manfaat sebanyak RM400 keluarga dan mengurangkan jumlah tersebut menjadi RM250 dengan tambahan hanya 1000 orang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 287 ribu orang.

Nyata kerajaan pas Terengganu tidak menunaikan apa-apa manifesto yang dijanjikan sebelum ini di dalam pilihanraya umum yang ke-14 lalu.

Yang pastinya rakyat telah menerima sebelum ini dari kerajaan BN dimana telah terlaksana sejak 14 tahun lalu untuk dana raya dua tahun lalu untuk berkahwin dengan Perdana dan enam bulan lalu beri air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Negeri Terengganu.

Pas berkata mereka telah menyelesaikan beberapa manifesto yang telah dijanjikan semasa pru14 yang lalu.

Pas hanya menipu serta  bercakap bohong kepada rakyat Negeri Terengganu dan bahawasanya mereka meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Pas juga tidak bercakap benar berkaitan fakta dengan apa yang berlaku hari ini.

#PasTipuRakyatLagi
#PasLebong
#MajuBerkat Sejahtera


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top