.... Laporan SPRM berkenaan Parti Bersatu | AAKJ




Kenyataan akhbar Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii
Laporan SPRM berkenaan Parti Bersatu - Salah laku Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Bukit Bintang
1. Mengikuti rapat isu berkenaan Laporan Portal Malaysia kini berkenaan Tapak Bazaar Ramadhan yg ditawarkan sebanyak 80 petak kepada Parti Bersatu Malaysia dgn harga nominal yg rendah dibawah harga RM80 bagi setiap petak oleh pihak DBKL.
2. Ini merupakan satu salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Parti Bersatu dimana beliau menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pemuda Bersatu untuk menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapatkan kepentingan untuk menjual 80 petak Bazaar Ramahdan di Ibu Kota tanpa proses yang telus.
3. Sebagai parti Politik Kerajaan yang baru, mereka telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan bagi mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan penawaran Bazaar Ramadhan dengan mengenakan yuran yang lebih tinggi dan melampau dari harga nominal yang disyaratkan oleh DBKL.
4. Setahu kriteria & Peraturan untuk mendapatkan tapak di masjid india ini, diantaranya, pemohon mestilah mempunyai lesen perniagaan DBKL, warga KL dan perlu ada deposit.
5. Kami tidak mengerti kenapa perkara ini boleh terlepas dari proses yang ketat dan kawalan dalam DBKL selain daripada Ahli Parlimen Bukit Bintang utk menyalahgunakan kedudukan beliau dengan menekan penjawat awam untuk kelulusan.
6. Laporan ini dibuat adalah untuk mendesak SPRM menyiasat salah laku yang di lakukan oleh Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang dan juga Ahli Parlimen Bukit Bintang.
7. Dan saya mendesak agar, SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan Penjawat Awam dan melindungi mereka daripada tindakan Ahli Parlimen PH yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi mereka.
Sekian
Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top