Selain itu, menurut unit tersebut, cubaan campur tangan daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri dalam menentukan nasib masa depan UMNO juga seolah-olah mahu melihat satu-satunya parti orang Melayu tersebut hancur.
“Apa sebenarnya niat beliau (Kit Siang) dalam memberi perhatian terhadap hidup mati UMNO? Jika beliau melihat UMNO sebagai musuh, biarkan saja parti ini sendirian dan lawan secara anak jantan.
“Oleh itu, tidak perlulah beliau dan Dr. Mahathir memberi nasihat tentang bagaimana UMNO harus dicorakkan.
“Sebagaimana Unit Komunikasi Strategik ini hanya berpaksi kepada unison points untuk siaran, begitu juga kami tidak teringin untuk bertanya lebih lanjut mengenai apa sebenarnya peranan suara beliau dalam Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE