KHAIRY JAMALUDIN
KHAIRY JAMALUDIN
Jelas Khairy, langkahnya meminta izin dan restu itu memandangkan Mohamad merupakan Ketua Bahagian UMNO Rembau manakala beliau adalah timbalannya.

“Sebelum buat keputusan tanding jawatan Presiden, saya dah berhubung dengan Tok Mat, abang (Tok Mat) bertandinglah jawatan Presiden, tapi beliau kekal Timbalan Presiden.
“Saya cakap boleh tak saya nak bertanding jawatan Presiden, beliau beri izin dan menasihatkan saya,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Khairy mengumumkan bertanding jawatan Presiden pada 17 Jun lalu sebelum mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden dan menarik semula borang pencalonannya bagi jawatan kedua tertinggi parti itu.
Mohamad pula bertanding Timbalan Presiden UMNO yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. - UTUSAN ONLINE