Khairul Azwan yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO memberitahu, sumbangan itu merupakan komitmen peribadi beliau kepada sayap parti tersebut jika dipilih mengemudi pergerakan pemuda.

"Saya ingin memaklumkan, saya akan menyumbang 50 peratus gaji saya sebagai Senator kepada pergerakan Pemuda. Ini merupakan komitmen saya sekiranya saya dipilih sebagai ketua," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Tempoh tamat perkhidmatan Khairul Azwan sebagai Senator adalah pada Disember 2019.
Berdasarkan semakan, gaji diperolehi Senator ialah RM16,000 sebulan tidak termasuk elaun. - UTUSAN ONLINE