“Tiada permohonan juga diterima kementerian untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Tioman, Pahang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Berhubung projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Anthony beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri akan ke Singapura untuk berunding perkara tersebut. 
Sementara itu, beliau berkata, kementerian tidak akan menentang inisiatif-inisiatif swasta termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
“Kita hanya akan mengumumkan projek yang akan dikaji semula atau dibatalkan. Kementerian tidak mempunyai isu tentang penerusan inisiatif swasta seperti DFTZ,” katanya. - UTUSAN ONLINE